Tuan Haji Ismail Bin Karim menerangkan serba sedikit berkaitan pembukaan bazaar malam kepada Y.A.B Menteri Besar Johor
Deretan bazar malam di persisiran sungai johor
Deretan bazar malam di persisiran sungai johor
Bazar Malam Kota Tinggi telah dirasmikan Oleh Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman pada 2 Mac 2010 jam 4.00 petang bertempat di Laman Tun Sri Lanang dan Persisiran Sg Johor Kota Tinggi .Tujuan Bazar Malam di dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya peniaga-peniaga kecil untuk menambah pendapatan mereka. Di samping dapat menghidupkan suasana bandar kota Tinggi yang agak malap pada waktu malam, Bazzar malam ini juga dijadikan sebagai "centre" bagi peniaga-peniaga menjual produk-produk mereka.Untuk makluman Bazar malam in dibuka pada hari sabtu dan ahad bermula jam 6.00 petang hingga 12.00 tgh malam.Bazaar Malam Kota tinggi juga berkonsepkan jualan produk-produk IKS dan pelbagai barangan dengan harga yang amat berpatutan.